Em...bolehkah perempuan dan lelaki cuma bersahabat..?
Pernah dulu,ada seorang sahabat yang rapat dan masih berhubung dengan saya sehingga kini, menyatakan bahawa dia pernah menyukai saya sebelum dia mengenali bekas teman istimewanya dahulu..
Pada awalnya saya tidak pernah menyangka yang tindakan dia selama ini adalah untuk mengambil hati saya, dia sanggup datang ke rumah setiap hari semata-mata untuk bersembang dengan saya dan mama. Mama pula amat suka melayannya, hidangkan apa sahaja makanan yang ada di rumah untuknya..pada waktu itu kami masih belajar di P.U.O, jadi setiap petang kami akan pulang bersama menaiki motosikal masing-masing. Jarak rumahnya ke rumah saya hampir 10km, tetapi sehaluan, jadi saya tidak pernah terasa hairan dengan kehadirannya di sisi saya setiap masa..kegemaran kami waktu itu, pergi ke pasar malam berhampiran rumah saya pada petang jumaat dan menikmati 'cendawan goreng' yang dijual di sana.
Memang terasa bahagia mempunyai teman yang sudi berkongsi hari-harinya bersama saya waktu itu. Sentiasa membantu ketika saya perlukan bantuan, menemani di saat saya perlukan teman..dan yang penting,mama suka kami berkawan.Sehingga pernah kerana terlalu rancak mama dan dia berbual, saya terasa dipinggirkan dan agak cemburu dengan layanan mama terhadapnya. Mungkin kerana pada ketika itu saya bukanlah seorang yang begitu gemar berbual tentang perkara yang tidak penting bagi saya..hihi..Dia memang lelaki yang baik, kerana itu saya senang berkawan dengannya walaupun kami sering berbeza pendapat.
Sehingga satu ketika, teman saya itu menyatakan bahawa dia mahu memulakan suatu hubungan istimewa dengan salah seorang kenalan kami. Dan lumrahnya, kami tidak lagi rapat seperti waktu dahulu, tetapi tiada yang berbeza bagi saya kerana ada teman rapat yang lain dapat menggantikan dirinya di sisi saya. Mungkin tidak sama, kerana teman baik saya kali ini seorang perempuan. Namun erti persahabatan tidak berubah, dan teman baik saya itu masih teman baik saya pada waktu ini walaupun sudah hampir 3 tahun kami berjauhan.
Teman pertama saya itu kini telah pun mempunyai teman istimewa, dan saya cuba memahami serta cuba untuk menjauhkan diri darinya dengan meneruskan hari-hari yang datang seperti biasa. Sehinggalah saya menyambung pelajaran di bumi UIA ini, teman pertama saya itu menghubungi saya dan memberitahu bahawa hubungan dia dan teman istimewanya dahulu telah putus. Dia amat bersedih pada waktu itu, dan seperti biasa sebagai teman yang memahami, saya cuba menenangkannya dan menasihatinya sebaik mungkin. Ketika dia hampir pulih dari kesedihannya setelah mengambil masa yang agak lama, kami berbual di telefon seperti biasa setelah saya pulang dari kelas suatu petang pada awal tahun lepas (2009), dan dia memberitahu saya bahawa dia pernah menyukai saya pada waktu dulu tetapi dia tahu saya cuma menganggapnya sebagai seorang sahabat, dan semalam katanya lagi, kalau tiada siapa yang akan melamar saya, dia ada..dalam nada seloroh..tetapi telah membuat saya terfikirkan sesuatu,,bolehkah lelaki dan perempuan cuma bersahabat..?
Apa pun, bersahabat dan menjaga persahabatan itu juga tanda cinta bukan..?Cinta kepada sahabat yang baik dan ikhlas..buat sahabat-sahabatku..Azah pun ada cinta untuk kalian,dan, terima kasih kerana kalian juga mencintai Azah dengan menjaga persahabatan kita ini sebaik mungkin.
Walau kita terpisah di tengah jalan dan sendirian, walau kita sering bertelagah dan rasa terkilan, walau kita berbeza haluan dan harapan..sahabat akan tetap sahabat selagi hayat masih di badan..maafkan segala kesalahan Azah ya..