WELCOME..

I`m expecting you..thanks alot for the visit..

Sunday, February 7, 2010

kerana...aku terima nikahnya...


Semalam, sabtu yang rutin datang lagi..antara rela dan terpaksa saya ke kelas 'Family Management & Parenting'..

Bukannya subject 'koko' ini kurang menarik, tetapi masih terkilan kerana harapan besar saya dan rakan-rakan seseksyen agar waktunya diubah dan tidak mengganggu 'weekend' kami tidak kesampaian..huhu..

Dan semalam, seperti biasa, 'instructor' yang mengajar kami memulakan (dan sebenarnya turut menghabiskan) kelas dengan cerita-cerita tentang perkahwinan, harapan lelaki dan perempuan dalam alam rumahtangga, masalah-masalah suami isteri dan anak-anak..sampaikan diri ini terasa seperti sedang mengikuti satu kursus perkahwinan berbayar..hihi..

Sehingga tiba saatnya, salah satu kumpulan pelajar di dalam kelas kami membentangkan tajuk berkenaan dengan masalah nusyuz, kemudian barulah saya tahu bahawa nusyuz itu bukan sahaja istilah yang digunakan untuk seorang isteri yang curang, tetapi juga kepada suami-suami yang melakukan perkara yang sama sewaktu masih di dalam sebuah perkahwinan yang sah.Itulah kebaikannya 'uni' kami mewajibkan para pelajar mengambil 'subject' ini..walaupun terpaksa mengorbankan 2 jam daripada pagi sabtu kami..tapi berbaloi..tak mengapalah..

Usai pembentangan itu, 'instructor' kami pun mengulas tentang masalah nusyuz itu, katanya..dalam sesebuah perkahwinan, kita perlu menerima segala keburukan dan kebaikan pasangan kita..termasuklah sikap curang atau apa saja kelakuan buruk 'si dia', jika benar ada satu antara keduanya yang nusyuz, yang satu lagi perlu mencuba sedaya upaya untuk memulihkan keadaan..samada melalui bantuan orang ketiga untuk menyedarkan 'si dia' dari kejahilannya, atau dengan cara berbincang dan menasihati pasangan yang diyakini telah nusyuz itu dengan sebaik-baiknya dan penuh hikmah..

Kerana seperti yang kita tau, penceraian itu adalah satu-satunya perkara yang halal tetapi amat dibenci Allah..mahukah kita dibenci seperti itu..???

Dan..yang paling menarik, kita perlu mencuba seboleh-bolehnya untuk mempertahankan rumahtangga itu kerana..nikahnya dahulu telah kita terima..

Dan..kerana "aku terima nikahnya" itu dengan niat dan harapan agar kesucian hubungan yang menghalalkan perkongsian hidup lelaki dan perempuan itu terjaga dan dijaga bersama-sama..maka lafaz 'talaq' tidak mungkin menjadi seperti perkataan-perkataan lain yang mudah dilontarkan oleh seorang lelaki biarpun ketika dirinya hilang pertimbangan, dan 'fasakh' tidak menjadi barangan hiasan yang diminta sewenang-wenangnya oleh seorang perempuan..biarpun talaq itu adalah hak bagi suami, dan fasakh itu penjamin hak seorang isteri, tetapi kerana "aku terima nikahnya", jauhilah penceraian yang amat menyakitkan itu..

Kepada teman-teman..pilihlah lelaki dan perempuan yang terbaik, dan jika nikahnya telah diterima, terimalah seadanya..dan kekalkanlah pernikahan itu sebaiknya..Azah doakan agar kita sentiasa dirahmati dan kebahagiaan yang diharapkan menjadi milik kita semua..

No comments:

Post a Comment